BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 18, 2010

PENCEMARAN BUNYI

PENCEMARAN BUNYI
Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memkakkan telinga merupakan definasi bagi pencemaran bunyi. Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat atau kawan yang tidak bersesuaian. Sebagai contoh, kilang-kilang yang mengeluarkan gangguan bunyi kepada penghuni-penghuni rumah. Pencemaran bunyi kebiasanya melebihi 80 desibel (dB).
Klasifikasi Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis :
Kebisingan selenjarIni adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.
Kebisingan fluktasiKebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contoh : bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap.
Hentakan impulsIni merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh : tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan menurun. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan tahap yang tinggi keran bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran.
Kebisingan selang-seliKebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.
Punca Pencemaran
Antara punca-punca pencemaran bunyi adalah :
Pembangunan kawasan industri - bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera, kenderaa, aktiviti pembuatan akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain.
Kawasan petempatan - bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan bangunan-bangunan tinggi.
Kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga.
Aktiviti masyarakat - mendengar radio/ televisyen dengan kuat.
Kuari - bunyi yang dikeluarkan akibat daripada pemecahan batu-batu
Kesan Pencemaran
Kesan-kesan pencemaran bunyi :
Wujud pelbagai penyakit
Menjejaskan produktiviti
Gangguan psikologi
Hilang imbangan diri
Pekak
Kesan kepada ibu yang mengandung
Sumber :
Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996
Pencemaran Udara dan Bunyi, Siri Utamakan Alam Sekitar Anda, Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris, Penerbit Mikamas, 1996

SUMBER:http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/as_pencemaran_bunyi.asp

PENCEMARAN UDARA

Laman Utama
Punca-punca Pencemaran Udara

1. PENDAHULUAN
Bumi secara semulajadinya menerima beban pencemaran udara daripada fenomena alam semulajadi seperti letupan gunung berapi, pembakaran hutan akibat dari panahan petir dan sebagainya. Walaubagaimanapun, Bumi mempunyai 'kaedah semulajadi' bagi menangani pencemaran semulajadi ini. Apabila manusia mula menjalankan aktiviti perindustrian mahupun aktiviti harian, pencemaran alam sekitar semakin berleluasa dan Bumi tidak mampu lagi 'memikul' beban pencemaran tersebut.
2. AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN
Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi.
3. KENDERAAN MOTOR
Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap.
4. PENJANAAN KUASA
Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.
5. AKTIVITI HARIAN
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.
6. PEMBAKARAN TERBUKA
Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya.

SUMBER:http://www.doe.gov.my/ms/content/punca-punca-pencemaran-udara

SELAMATKAN ALAM SEKITAR

Apabila berkunjung ke pasaraya, anda pasti akan terpandangkan rak-rak yang menyediakan beg kitar bagi mengantikan penggunaan beg plastik.
Di beg berkenaan tertulis tanda amaran supaya menghentikan penggunaan beg plastik sekiranya mahu menyelamatkan bumi.
Usaha untuk mengurangkan pengguanan beg plastik dilakukan kerana setiap tahun, kira-kira 500 billion beg plastik digunakan di seluruh dunia yang merosakkan alam sekitar.
Jumlah penggunaan plastik yang banyak ini berlaku kerana plastik tidak hanya terhad kepada pembungkusan beberapa jenis barangan tertentu, tetapi kini plastik digunakan dengan meluas apabila peruncit dan pengeluar pelbagai jenis barangan pengguna lebih banyak menggunakan plastik sebagai bahan pembungkusan berbanding kertas.
Penggunaan beg plastik sememangnya tidak digalakkan memandangkan beg plastik mengambil masa kira-kira 300 tahun untuk mengurai dan ia pecah menjadi partikel toksid kecil yang mencemarkan tanah serta saliran air.
Ini secara langsung menimbulkan masalah pencemaran alam sekitar sekiranya bahan buangan plastik itu tidak diuruskan dengan betul.
Keadaan ini juga menyebabkan haiwan dan hidupan laut turut terbunuh setiap hari gara-gara beg plastik terbuang kerana plastik tersumbat dalam saluran ususnya.
Selain itu, plastik adalah sejenis bahan yang mudah terbakar kerana unsur utamanya terdiri daripada karbon dan hidrogen.
Jika bahan buangan plastik itu dibakar, gas berasid hidrogen akan dibebaskan dengan banyak, hujan asid boleh terjadi.
Hujan asid bukan saja boleh membahayakan manusia, malah boleh menggugat ekologi alam, misalnya tanah tidak sesuai lagi digunakan untuk pertanian.
Satu cara mengatasi masalah itu ialah memproses semua bahan buangan plastik bagi membolehkannya digunakan semula, sekali gus meminimunkan kadar plastik dalam kitaran pengunaan.
Disamping dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar, kitaran semula buangan bahan plastik boleh mengatasi masalah kekurangan tempat pelupusan sampah.
Bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia yang berlangsung 5 Jun lalu, orang ramai digalakkan menggunakan beg kitar semula ketika membeli belah.
Penggunaan beg kitar semula ini sekali gus dapat mengurangkan pembaziran daripada pengunaan beg plastik yang diamalkan selama ini serta menyumbang dari segi pengurangan sampah.
Sumber maklumat : Berita Harian
SUMBER:http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=3863%3Aselamatkan-bumi&catid=325%3Ainfo-ringkas&Itemid=8