BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 18, 2010

SELAMATKAN ALAM SEKITAR

Apabila berkunjung ke pasaraya, anda pasti akan terpandangkan rak-rak yang menyediakan beg kitar bagi mengantikan penggunaan beg plastik.
Di beg berkenaan tertulis tanda amaran supaya menghentikan penggunaan beg plastik sekiranya mahu menyelamatkan bumi.
Usaha untuk mengurangkan pengguanan beg plastik dilakukan kerana setiap tahun, kira-kira 500 billion beg plastik digunakan di seluruh dunia yang merosakkan alam sekitar.
Jumlah penggunaan plastik yang banyak ini berlaku kerana plastik tidak hanya terhad kepada pembungkusan beberapa jenis barangan tertentu, tetapi kini plastik digunakan dengan meluas apabila peruncit dan pengeluar pelbagai jenis barangan pengguna lebih banyak menggunakan plastik sebagai bahan pembungkusan berbanding kertas.
Penggunaan beg plastik sememangnya tidak digalakkan memandangkan beg plastik mengambil masa kira-kira 300 tahun untuk mengurai dan ia pecah menjadi partikel toksid kecil yang mencemarkan tanah serta saliran air.
Ini secara langsung menimbulkan masalah pencemaran alam sekitar sekiranya bahan buangan plastik itu tidak diuruskan dengan betul.
Keadaan ini juga menyebabkan haiwan dan hidupan laut turut terbunuh setiap hari gara-gara beg plastik terbuang kerana plastik tersumbat dalam saluran ususnya.
Selain itu, plastik adalah sejenis bahan yang mudah terbakar kerana unsur utamanya terdiri daripada karbon dan hidrogen.
Jika bahan buangan plastik itu dibakar, gas berasid hidrogen akan dibebaskan dengan banyak, hujan asid boleh terjadi.
Hujan asid bukan saja boleh membahayakan manusia, malah boleh menggugat ekologi alam, misalnya tanah tidak sesuai lagi digunakan untuk pertanian.
Satu cara mengatasi masalah itu ialah memproses semua bahan buangan plastik bagi membolehkannya digunakan semula, sekali gus meminimunkan kadar plastik dalam kitaran pengunaan.
Disamping dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar, kitaran semula buangan bahan plastik boleh mengatasi masalah kekurangan tempat pelupusan sampah.
Bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia yang berlangsung 5 Jun lalu, orang ramai digalakkan menggunakan beg kitar semula ketika membeli belah.
Penggunaan beg kitar semula ini sekali gus dapat mengurangkan pembaziran daripada pengunaan beg plastik yang diamalkan selama ini serta menyumbang dari segi pengurangan sampah.
Sumber maklumat : Berita Harian
SUMBER:http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=3863%3Aselamatkan-bumi&catid=325%3Ainfo-ringkas&Itemid=8

0 comments: